Portal Rasmi Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
A- A A+ G A V

Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS)

Nov 01, 2016 | Super Admin

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah  penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.

Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid  dalam domain kognitif,  teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015.  Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik berdasarkan hasil kajian rintis tersebut. Pada tahun ini, 400 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS). Penilaian ini akan dilaksanakan pada 1 – 18 November 2016.

Klik  Portal Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS) untuk mengakses instrumen penilaian ini. Portal ini hanya boleh diakses melalui pelayar web Google Chrome.

Selanjutnya.. Last Updated on: Nov 01, 2016 by Super Admin

Portal Radio Pendidikan

Jun 20, 2016 | Super Admin

Portal Radio Pendidikan mula beroperasi pada tahun 2013. Portal Radio Pendidikan merupakan salah satu inisiatif PPPM 2013-2015 iaitu Inisiatif 80: MEMANFAATKAN ICT UNTUK PEMBELAJARAN JARAK JAUH BAGI SEKOLAH KURANG MURID (SKM).

Portal Radio Pendidikan menagndungi bahan audio rancangan berbentuk kurikulum dan muzik. Semua bahan muzik yang terdapat di portal ini adalah hak milik Kementerian Pendidikan dan boleh dimuat turun untuk kegunaan PdP oleh guru-guru tanpa sebarang sekatan hak cipta.

Antara bahan muzik tersebut adalah Lagu Tema Hari Guru, Lagu Patriotik, lagu Sains, Lagu Sifir, Lagu Tradisional dan lain-lain.

Sehingga Jun 2016, terdapat sejumlah 401 bahan audio di Portal Radio Pendidikan. Portal Radio Pendidikan juga menyediakan bahan audio untuk pelajar kurang upaya penglihatan. Bahan tersebut adalah buku teks yang telah diaudiokan. Sehingga Jun 2016 terdapat satu buku teks yang telah siap diaudiokan iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1. Pada tahun 2016 dua buah buku teks iaitu Bahasa Melayu Tahun 2 dan Bahasa Inggeris Tahun 2 sedang diterbitkan. Portal radio Pendidikan boleh diakses melalui www.eduwebtv.com/radio.

Selanjutnya.. Last Updated on: Oct 10, 2016 by

e-Guru

Jun 20, 2016 | Super Admin

Portal Video e-Guru merupakan Inisiatif 94 PPPM 2013-2015. PEMBANGUNAN PORTAL DAN PERPUSTAKAAN VIDEO e-GURU.

Bahan video e-Guru diterbitkan khas untuk guru bagi tujuan membantu meningkatkan amalan profesionalisme dalam pengajaran di bilik darjah. Video e-Guru dihasilkan sebagai bahan media rujukan untuk perkongsian amalan pengajran yang boleh dicontohi ke arah peningkatan kualiti PdP guru-guru di bilik darjah.

Kandungan video e-Guru adalah berdasarkan Aspek 4, SKPM 2010.

Portal video e-Guru boleh diakses melalui www.eduwebtv.com/eguru. Sehingga Jun 2016, terdapat sejumlah 315 video PdP di bilik darjah yang terdiri daripada 15 matapelajaran sekolah rendah dan menengah.

Selanjutnya.. Last Updated on: Oct 10, 2016 by

EDUWEBTV

Jun 20, 2016 | Super Admin

EduwebTV merupakan portal yang mengandungi bahan video dan audio pendidikan yang boleh diakses melalui www.eduwebtv.com.

EduwebTV mempunyai 4 saluran, iaitu:

  • Saluran Kurikilum
  • Saluran Portal e-Guru
  • Saluran Ehwal Semasa
  • Saluran Portal Radio Pendidikan

Jumlah keseluruhan bahan di EduwebTV adalah 2,404 bahan video dan 401 bahan audio.

Saluran Kurikulum

Terdapat sejumlah 900 video rancangan berasaskan kurikulum di EduwebTV. Mata pelajaran yang sedia ada bagi sekolah rendah dan menengah adalah BM, BI, Matematik, Sains, Sejarah, FIzik, Biologi, Linus dan Prasekolah.

Selanjutnya.. Last Updated on: Aug 22, 2016 by Super Admin

PROGRAM LITERASI MAKLUMAT

Jun 27, 2016 | Webmaster PSP

PROGRAM LITERASI MAKLUMAT

PROGRAM NILAM

1. Konsep

2. Penambaikan Program NILAM sedang dirintis di seratus buah sekolah di Selangor. Perluasan penambahbaikan program ini akan dijalankan mulai 2017.

3. Pencapaian NILAM 2015

Selanjutnya.. Last Updated on: Aug 22, 2016 by Super Admin

PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

May 24, 2016 | Webmaster PSP

PENARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Domain Penarafan

Keputusan Penarafan PSS 2015
(Penarafan diberi berdasarkan satu bintang sehingga 5 bintang. Pencapaian terbaik ialah pada kriteria 5 bintang.)

PENARAFAN JUMLAH SEKOLAH PERATUS (%)
5 BINTANG 1988 19.6
4 BINTANG 5114 50.4
3 BINTANG 2549 25.1
2 BINTANG 498 4.9
1 BINTANG 0 0

ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

Anugerah Pusat Sumber Sekolah (APSS) Peringkat Kebangsaan mula dilaksanakan pada tahun 2000 serentak dengan pelancaran Tahun Pusat Sumber Sekolah 2000. Mesyuarat JK Induk Gerakan Tabiat Membaca KPM Bil. 2/2008 bertarikh 19 Disember 2008 memutuskan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan diadakan setiap tahun bagi memastikan peningkatan berterusan pusat sumber sekolah.

Objektif  APSS 

  • Meningkatkan kemahiran GPM dalam pengurusan sumber dan maklumat
  • Menjadi pusat sehenti kepada sumber ilmu untuk peningkatan literasi maklumat murid
  • Membantu warga sekolah dalam penyediaan dan pencarian sumber dalam pelbagai format untuk PdP 

Kategori yang dipertandingkan adalah kategori Sekolah Rendah dan kategori Sekolah Menengah.

Melalui APSS diharap pusat sumber sekolah yang bertanding dapat menjadi penanda aras kepada pusat sumber sekolah yang lain.



 

Selanjutnya.. Last Updated on: Jun 17, 2016 by Webmaster PSP

Pembangunan Bahan ePembelajaran

Mar 31, 2016 | Webmaster PEP

Sektor Pembangunan Bahan ePembelajaran (SPeP) bertanggungjawab untuk membangunkan bahan e-pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran menerusi pembelajaran maya kendiri. Bahan yang dirancang dan dibangunkan berdasarkan kepada DSKP dan RPT sekolah rendah dan sekolah menengah. Justeru, pemetaan kandungan kurikulum bagi 4 mata pelajaran utama dilaksanakan sebelum perancangan dan pembangunan bahan.

Sebagai sasaran, bahan e-pembelajaran seperti berikut akan dibangunkan pada tahun 2016:

  • BM Tahun 6
  • BI Tahun 6
  • Matematik Tahun 3 dan Tingkatan 2
  • Sains Tahun 3

Penilaian Laman Pembelajaran Yang Dimuat Naik Oleh Guru

Penilaian Laman Pembelajaran Yang Dimuat Naik Oleh Guru telah memulakan tugasnya pada  Mei 2013. Penglibatan Jawatankuasa Penilai bagi tahun 2016 masih kekal yang terdiri dari Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) yang juga bertindak sebagai urus setia, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) , Lembaga Peperiksaan (LP), Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Bahagian Buku Teks (BBT). Seramai 12 orang pegawai daripada kumpulan pengurusan dan profesional daripada bahagian-bahagian KPM tersebut terlibat sebagai jawatankuasa.

Penilaian Laman diadakan di Bilik Mesyuarat PMP yang terletak di aras 3 bahagian Teknologi Pendidikan. Sesi penilaian diadakan dua kali sebulan, pada hari Khamis bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang. Laporan dibuat oleh setiap pegawai terlibat setelah selesai setiap sesi penilaian bagi mengetahui bilangan laman yang telah diterbitkan (published), ditolak untuk penambahbaikan atau tidak diterbitkan (declined) serta laman yang tidak boleh diakses (pending).

Sepanjang tahun 2015 sebanyak 10,070 buah laman pembelajaran telah dinilai oleh jawatan kuasa penilai melepasi Key Performance Indicator (KPI) yang ditetapkan sebanyak 10,000 yang dimuat naik ke MOE Repository.

 

Selanjutnya.. Last Updated on: Apr 25, 2016 by

Program CyberSAFE In Schools

Mar 31, 2016 |

CyberSAFE, singkatan bagi Kesedaran Keselamatan Siber Untuk Setiap Orang (Cyber Security Awareness For Everyone), bertujuan untuk mendidik serta mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu-isu teknologi dan sosial yang dihadapi oleh para pengguna internet, terutamanya mengenai bahaya semasa berada atas talian.

Sejak tahun 2010, program CyberSAFE telah diperkenalkan kepada ribuan komuniti digital di Malaysia termasuk kanak-kanak sekolah dan guru. Salah satu program CyberSAFE yang menonjol ialah program CyberSAFE In Schools (CyberSAFE di Sekolah), yang dilancarkan pada September 2010 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin, merupakan salah satu usahasama antara Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui agensinya CyberSecurity Malaysia (CSM). Daya penggerak utama program CyberSAFE di Sekolah ialah beberapa siri sesi kesedaran pendidikan kepada murid dan guru.

DiGi Telecommunications mula menyertai usahasama pintar ini pada tahun 2011 dan meneruskan usaha kempen ke seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran berkaitan keselamatan kanak-kanak di internet. Bermula tahun 2013, Laporan Kaji Selidik Kebangsaan CyberSAFE di Sekolah telah dikeluarkan oleh pihak DiGi bersama-sama rakan kongsi pintar yang lain. Laporan dapatan boleh dilayari di http://www.digi.com.my/digicybersafe/

Growing Digital Resilience among Malaysian Schoolchildren on Staying Safe Online

Cara Untuk Berbincang tentang Internet dengan anak-anak anda

Selanjutnya.. Last Updated on: Apr 25, 2016 by Super Admin

Pameran Asia Pacific Regional Policy Forum On Early Childhood Care And Education (APFEC) 2016

Apr 06, 2016 | Webmaster STI

Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah persidangan  dan pameran  APFEC  yang akan diadakan di Hotel Marriott, Putrajaya pada tarikh 19 Julai hingga 21 Julai 2016. Persidangan  dan Pameran  APFEC   dianjurkan bersama oleh  kerajaan Malaysia, UNESCO, UNICEF dan ARNEC. Tema yang dipilih pada tahun ini ialah “Transformative Power of Early Childhood: Innovations for Inclusive learning”. Tujuan  Persidangan  dan  Pameran  APFEC  diadakan ialah untuk menyediakan platform  high-level policy-makers di rantau Asia disamping perkongsian  maklumat dan strategik dalam pembangunan pendidikan dan penyelidikan bagi mempertingkatkan kesediaan perkembangan kanak-kanak untuk belajar. Persidangan  dan pameran  APFEC   dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia atau Menteri Pelajaran Malaysia atau Isteri Perdana Menteri.

Selanjutnya.. Last Updated on: Apr 25, 2016 by Super Admin

Pembestarian Sekolah

Mar 31, 2016 |

Pengenalan

Globalisasi dan perubahan teknologi yang pesat telah mewujudkan ekonomi baharu yang dipacu oleh pengetahuan. Sehubungan itu, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communications Technology – ICT) telah menjadi pengupaya penting ekonomi berasaskan pengetahuan bagi kebanyakan negara. Kerajaan di seluruh dunia sememangnya mengakui kesan positif ICT terhadap pembangunan sosial dan ekonomi masyarakatnya. Justeru, semakin banyak kerajaan telah mula membuat pelaburan yang ketara dalam ICT untuk membangunkan modal insan agar mereka mampu menangani cabaran dalam era digital dan maklumat.

Pelaksanaan ICT dalam Pendidikan Melalui Penubuhan Sekolah Bestari dan Konsep Pembestarian Sekolah

ICT dalam Pendidikan bermula dengan pelancaran Aplikasi Perdana Sekolah Bestari, iaitu salah satu daripada tujuh aplikasi utama dalam Koridor Raya Multimedia (MSC), pada tahun 1997, oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sekolah Bestari merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PDP) serta pengurusan sekolah melalui penggunaan teknologi pendidikan termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sesuai dengan perkembangan semasa yang bertujuan meningkatkan minat, kreativiti, pengetahuan dan kemahiran murid.

Untuk maklumat lanjut sila klik disini.

Selanjutnya.. Last Updated on: Apr 25, 2016 by Super Admin