Portal Rasmi
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Fungsi Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan


1.    Merancang, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar sumber dan teknologi pendidikan

2.    Merancang, menyelaras dan menentukan keperluan dan bentuk program penerbitan untuk menghasilkan buku teks aliran perdana dan pendidikan khas sekolah dari peringkat rendah sehingga menengah atas;

3.    Mengurus dan memantau pelantar pembelajaran bagi menyokong pembelajaran berasaskan web dan mudah alih

4.    Merancang, menyediakan, menerbit dan menilai keberkesanan serta melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bahan pengajaran dan pembelajaran  dalam pelbagai media

5.    Merancang, menyelaras, mengurus, melaksana, memantau menilai dan membudayakan pengintegrasian teknologi dalam pendidikan
6.    Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat dan teknologi pendidikan serta pembangunan pusat sumber sekolah;
7.    Merancang, mengurus setia Majlis Buku Kebangsaan dan tadbir urus Dasar Buku Negara (DBN) bagi memartabatkan industri perbukuan negara


Fungsi tambahan kepada JPN dan BTPN
•    Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan Program Skim Pinjaman Buku Teks dan pasaran terbuka;
•    Merancang dan menyelaras inisiatif ICT dalam pendidikan serta menyedia, melaksana dan memantau perkhidmatan sokongan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran

 

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 2019-05-23 10:11:22