Portal Rasmi
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

MAKLUMAT PERTANDINGAN CABARAN KESELAMATAN SIBER NASIONAL 2019

1. Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA 2019) dianjurkan oleh Bahagian Sumber Dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia buat kali kedua dengan sokongan kepakaran oleh CyberSecurity Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

2. Pertandingan ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

3. Penyertaan terbuka kepada semua murid tingkatan 4 dan 5 sekolah menengah harian.

4. Pertandingan ini adalah dalam bentuk kumpulan dan diwakili oleh 2 orang peserta daripada setiap sekolah.

5. Sekolah yang ingin mengambil bahagian perlu menghantar video peserta yang membentangkan topik yang bertajuk ‘Penggunaan internet secara beretika. Bincangkan.’ Video yang dihasilkan mestilah tidak melebihi 3 minit. Video ini perlu dihantar ke BTPN masing-masing sebelum atau pada 30 April 2019.

6. Sesi pemilihan kelayakan akan dijalankan oleh BTPN dari 2 – 15 Mei 2019.

7. BTPN akan menyerahkan nama wakil negeri beserta borang pengesahan penyertaan kepada urus setia di best@moe.gov.my pada 16 - 31 Mei 2019. Penghantaran selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

8. 16 kumpulan yang terpilih dan topik bagi peringkat akhir akan diumumkan pada 16 Jun 2019 melalui pautan http://btp.moe.gov.my.

9. Pelaksanaan Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA 2019) ialah seperti berikut:

  • Tarikh: 13 Julai – 19 Julai 2019
  • Tempat: BTPN Pahang
  • Melibatkan 16 negeri
  • Setiap negeri diwakili oleh satu kumpulan yang terdiri daripada 2 orang peserta
  • Menggunakan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur

10. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Nurul A’syiqin Binti Haris di talian 03 - 2081 7660 atau e-mel asyiqin@moe.gov.my di Bahagian Sumber Dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

1. MUAT TURUN BORANG

2. MUAT TURUN MAKLUMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN CABARAN KESELAMATAN SIBER NASIONAL 2019

 

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 2019-04-22 11:11:23