Portal Rasmi
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Latar Belakang

Mulai 3 Januari 2019, penggabungan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Bahagian Buku Teks (BBT) dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) di bawah pengstrukturan Kementerian Pendidikan Malaysia membentuk Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP).

Penggabungan ini mencerminkan transformasi sistem pendidikan negara selaras dengan perubahan teknologi dan persekitaran persaingan  global.  Ia bertujuan melonjakkan pencapaian dan kemenjadian semua murid melalui penghasilan dan penerbitan sumber pelbagai media.  Ia merangkumi sistem penyampaian yang berkualiti dengan menggunakan teknologi sebagai pengupaya, yang cekap dan berkesan. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan efisiensi sistem penyampaian pekhidmatan pendidikan negara.

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 2019-03-26 23:27:48