Portal Rasmi
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS)

 

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah  penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.

 

Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid  dalam domain kognitif,  teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015.  Pada tahun 2017 sebanyak 3000 sekolah telah mengambil bahagian dalam penilaian ini, Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik dari masa ke semasa. Pada tahun ini, 7,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS). Fasa 1 penilaian ini akan dilaksanakan pada 06 Jun – 30 Julai 2018.

Klik mengikut negeri masing-masing seperti berikut:

PERLIS

TERENGGANU

SELANGOR

KEDAH

PAHANG

KUALA LUMPUR

KELANTAN

LABUAN

NEGERI SEMBILAN

PULAU PINANG

MELAKA

PUTRAJAYA

PERAK

SABAH

SARAWAK

   

JOHOR

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 2018-07-23 09:50:08