Portal Rasmi
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Projek Rintis Skim Pinjaman Komputer Riba (SPKR)

 

Latar Belakang

Program Pembekalan Komputer Riba Untuk Kegunaan Murid-Murid Tingkatan Lima (5) Di Sekolah-Sekolah KPM Secara Rintis Di Negeri Sarawak merupakan satu program untuk membantu murid-murid ini belajar dengan lebih berkesan khususnya dalam aspek peningkatan akses kepada sumber pendidikan.

Komputer riba ini adalah Hak Milik Sekolah untuk dipinjamkan kepada murid-murid tingkatan 5 sahaja. Komputer riba tersebut akan dikumpulkan kembali dan dipinjamkan kepada murid-murid tingkatan 5 tahun berikutnya.

Komputer riba ini mengandungi e-bahan pembelajaran peringkat menengah yang bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada capaian internet dan membolehkan murid-murid tingkatan 5 mengulangkaji bahan pembelajaran tambahan tanpa bergantung kepada buku teks.

 

Matlamat

Memastikan semua murid tingkatan lima (5) di sekolah-sekolah KPM di Negeri Sarawak dapat menikmati kemudahan pembelajaran berbantu teknologi melalui Program Pembekalan Komputer Riba Untuk Kegunaan Murid-Murid Tingkatan Lima (5) Di Sekolah-Sekolah KPM Secara Rintis Di Negeri Sarawak.

 

Objektif

  • Merapatkan jurang digital dan kualiti bahan pembelajaran antara murid-murid bandar, luar bandar dan pedalamanan; dan
  • Memperluas akses dan menambah baik pengajaran dan pembelajaran berbantu ICT bagi memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21.

 

Dasar/Punca Kuasa

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Aku Janji Kerajaan Persekutuan (AKP) Bil.1/2015 bertarikh 25 November 2015 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, menetapkan bahawa inisiatif Skim Pemilikan Komputer Riba Di Sekolah dapat dikekalkan sebagai AKP.

Pada 17 April 2016, YAB Perdana Menteri Malaysia dalam siri Walkabout beliau ke SK Sungai Ladong, Simunjan, Sarawak telah mengumumkan Program Pembekalan Komputer Riba Untuk Kegunaan Murid-Murid Tingkatan Lima (5) Di Sekolah-Sekolah KPM Secara Rintis Di Negeri Sarawak.

# Muat Turun
1. Brosur 1
2. Brosur 2
3. Brosur 3

 

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 2018-12-14 07:53:50