Portal Rasmi
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

PERTANDINGAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION (DST 2018)

 

Pengenalan

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Digital Storytelling Animation 2018. Pertandingan ini telah dijalankan saban tahun bermula tahun 2013 – 2017 dan menjangkau tempoh 5 tahun pelaksanaannya.

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan minat murid dalam industri animasi serta menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi dan membudayakan penggunaan teknologi dalam PdP selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Anjakan 7 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan juga dalam Inisiatif Ketiga Digital Malaysia (DM) yang bercita-cita untuk memastikan bahawa semua belia Malaysia dilengkapi dengan kemahiran digital dan kecekapan yang diperlukan untuk tenaga kerja masa depan pada tahun 2020.

Objektif pertandingan DST Animation adalah seperti berikut:

  • Memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan bahan animasi kreatif

  • Mencungkil bakat murid dalam pembinaan dan penghasilan bahan animasi kreatif

  • Mewujudkan hubungan kerjasama antara murid dan guru dalam merancang, mengurus, merekabentuk dan menghasilkan bahan animasi kreatif

  • Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan murid melalui pertandingan yang merangsang minda kritis dan kreatif

Pelaksanaan

Surat Siaran Pertandingan

Surat Pertukaran Tarikh

Maklumat Pertandingan

Terma dan Syarat Pertandingan

Tuntutan Hak Cipta

Borang Penyertaan Peserta Sekolah

Borang Penyertaan Negeri

Penutup

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Nurul Asyiqin Haris ditalian 03-20817777 dari Sektor Pembestarian Sekolah.

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 2018-08-18 23:58:40