- Utama
- Pemberitahuan
- Pelawaan Sebagai Ahli Panel Penilai Bahan Bacaan Tambahan (BBT)
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) sedang menyelaras panel penilaian untuk sesi penilaian Bahan Bacaan Tambahan (BBT) kegunaan 2018 yang dijangka akan diadakan pada 12 - 17 November 2017. Guru-guru yang berminat untuk menjadi penilai BBT boleh mengisi borang permohonan sebagai panel penilai yang boleh dimuat turun melalui portal BTP (http://btp.moe.gov.my/). Tarikh tutup permohonan ialah pada 29 September 2017. Borang yang telah lengkap diisi boleh diposkan kepada:
Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Persiaran Bukit Kiara
50604 Kuala Lumpur
Tarikh Akhir Dikemaskini : 2018-04-26 15:27:41