Portal Rasmi
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

LAPORAN JAWATANKUASA PENILAIAN LAMAN PEMBELAJARAN YANG DIMUAT NAIK OLEH GURU

 

Jawatankuasa Penilaian Laman Pembelajaran Yang Dimuat Naik Oleh Guru telah memulakan tugasnya pada Mac 2016. Jawatankuasa ini terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) yang juga bertindak sebagai urus setia, Bahagian-bahagian lain dari Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Lembaga Peperiksaan (LP), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Bahagian Buku Teks (BBT) dan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) turut terlibat secara langsung dalam jawatankuasa ini. Seramai 37 orang pegawai daripada kumpulan pengurusan dan profesional menganggotai jawatankuasa ini.

Proses penilaian laman pembelajaran telah diadakan di Makmal Utarid, yang terletak di aras 3 Bahagian Teknologi Pendidikan. Sesi penilaian telah diadakan pada Khamis kedua dan ketiga setiap bulan bermula dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 4.30 petang. Setiap pegawai terlibat membuat laporan setelah selesai sesi penilaian untuk mengetahui bilangan laman yang diterbitkan (published), tidak diterbitkan (declined), ditolak untuk penambahbaikan atau laman yang tidak boleh diakses (pending).

Sepanjang tahun 2016 sebanyak 13,196 laman pembelajaran telah dinilai oleh jawatankuasa penilai melepasi kriteria-kriteria laman pembelajaran yang ditetapkan. Jumlah ini akan terus meningkat dan ditambahbaik dari semasa ke semasa.

AKTIVITI PENILAIAN OLEH JAWATAN KUASA PENILAIAN LAMAN

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 2017-06-15 15:45:47