Bagaimana Log Masuk dan Cari Alamat VLE Sekolah

 

Log masuk dengan 1BestariNet Yes ID anda dan alami Frog VLE dalam langkah mudah ini!

 

1bestarinetwebsite-HOWTOLOGINpg-02
1bestarinetwebsite-HOWTOLOGINpg-03
1bestarinetwebsite-HOWTOLOGINpg-03
1bestarinetwebsite-HOWTOLOGINpg-03



ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal yang diberi oleh Pentadbir Frog VLE sekolah akan membolehkan anda mengakses Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE). Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk.

 

Lihat video ini untuk Log Masuk Pengguna Baru

 

 

Sila klik untuk melihat langkah demi langkah tentang Bagaimana Log Masuk

 

Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?

 

Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Frog VLE, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet.

 



Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk membawa dunia pengajaran ke satu tahap baru. Beri tugasan dan ikuti kerja-kerja dan markah pelajar, hasilkan sumber pengajaran, beri maklum balas kepada pelajar dan gunakan forum untuk menggalakkan pelajar berbincang dan berkongsi pandangan. Rancanglah masa anda dengan lebih baik dengan menggunakan kalendar, yang membolehkan anda melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.



Maksimumkan masa dan mulalah merancang dengan kalendar, buatlah kerja dan ikuti perkembangan markah pada setiap masa, di mana jua, peribadikan laman utama anda, muat naik dan simpan fail-fail di dalam Frog, dan berkomunikasi atau kongsikanlah idea-idea anda dengan rakan sekelas atau guru melalui forum.



Ikuti perkembangan acara sekolah, laporan PIBG dan notis sekolah dengan menggunakan kalendar dan papan notis sekolah, temui semua butiran perhubungan yang anda perlukan di halaman Contact School dan muat turun borang kebenaran dan dokumen-dokumen penting lain mengikut keselesaan anda.

 

Cari VLE alamat web sekolah anda


Gunakan carian di bawah untuk mencari sekolah. Pertama, pilih negeri dan daerah sekolah anda untuk memudahkan pencarian. Seterusnya, masukkan nama sekolah anda. Anda tidak perlu menaipkan nama penuh sekolah. Untuk mendapatkan senarai penuh sekolah-sekolah dari daerah yang sama, anda hanya perlu masukkan negeri dan daerah sahaja.

 

 

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 2017-07-14 11:53:11