Kesilapan Yang Banyak Dilakukan Semasa Mengisi Borang SAP & SPP

Panduan penggunaan peranti YES Altitude kini boleh dimuat turun

Rujuk pada fail yang dilampirkan untuk notis dan tatacara log masuk aplikasi VLE bagi sekolah yang bertukar kod sekolah Fail

Pihak sekolah diminta menyegerakan penghantaran Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) untuk membolehkan verifikasi  pembekalan perkhidmatan profil baharu bandwidth 1BestariNet ke sekolah-sekolah 4G diuruskan di peringkat pusat.

Dimaklumkan bahawa halaman Teacher Registration dan School LAN and Device di dalam 1BNSelfCare dibuka untuk pengemaskinian maklumat sehingga 30 September 2016. Selepas tarikh ini maklumat tidak boleh lagi dikemaskini.

Kesilapan Yang Banyak Dilakukan Semasa Mengisi Borang SAP & SPP

Sepanjang pihak kami menyemak Sijil Akuan Penerimaan dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan di dapati banyak kesilapan yang dilakukan oleh pihak sekolah semasa mengisi atau mengirimkan Sijil Akuan Penerimaan & Sijil Pengujian dan Pentauliahan.

Disenaraikan di bawah kesilapan-kesilapan yang banyak terdapat pada SAP dan SPP yang telah kami terima. Semoga kesilapan yang sama tidak akan dilakukan oleh sekolah-sekolah lain yang masih belum mengirimkan SAP dan SPP. Semua SAP dan SPP yang mempunyai kesilapan ini akan dianggap tidak lengkap dan perlu dikirim semula oleh pihak sekolah.

Perlu diingat bahawa SAP DAN SPP ini adalah sebahagian daripada dokumen rasmi kerajaan dan perlu diisi dengan lengkap sebagai mematuhi prosedur kewangan kerajaan.

Kesilapan yang sering dilakukan:

  1. Tidak menghantar dokumen SAP & SPP sebanyak 3 (TIGA) salinan ASAL. Ada yang hantar cuma satu salinan atau dua salinan sahaja.
  2. Tidak menulis/mencatatkan Nama Sekolah dan Kod Sekolah pada SETIAP salinan SAP dan SPP. Dokumen SAP dan SPP ini akan dipisah-pisahkan untuk 3 pihak yang berlainan. Ketiadaan maklumat berkenaan akan menyukarkan pihak yang mengurus dokumen kerkenaan.
  3. Menghantar salinan fotostat. Semua ketiga-tiga salinan SAP & SPP perlu dalam salinan ASAL. Tandatangan mesti tandatangan ‘hidup’ dan bukannya yang difotostat.
  4. TIDAK mencatatkan maklumat bandwidth ‘speed test’ pada ruangan ‘Terima’ dalam dokumen SPP. Dokumen SPP yang tidak mempunyai maklumat ‘speed test’ tidak akan diproses dan pihak sekolah perlu menghantar semula dokumen berkenaan berserta dengan maklumat hasil ‘speed test’.
  5. Tiada Cop Rasmi Sekolah pada setiap dokumen SAP dan SPP. Cop Rasmi Sekolah (cop bulat) perlu dicop ‘hidup’ pada setiap dokumen. Banyak sekolah mengirim dokumen SAP dan SPP dalam bentuk fotostat. Terdapat juga dokumen yang tidak mempunyai cop rasmi sekolah. Dokumen yang difotstat warna atau dicetak warna juga masih dikira sebagai bukan salinan ASAL.
  6. Menggunakan cecair pemadam (liquid paper) pada dokumen SAP dan SPP. Sebarang kesilapan semasa mengisi dokumen SAP dan SPP perlu dipotong dan ditandatangan dan bukannya dipadam menggunakan cecair pemadam.
  7. Setiap dokumen SAP dan SPP perlu dicetak lengkap dalam satu muka surat mengikut seperti format asal. Terdapat sekolah yang memisahkan dokumen dalam dua helaian yang berasingan seperti maklumat ujian di helaian pertama dan tandatangan pengesahan di helaian kedua. Terdapat juga sekolah yang mencetak di kedua-dua muka kertas (double side).
  8. Tidak menulis tarikh pada dokumen SAP dan SPP.
Tarikh Akhir Dikemaskini : 2017-06-15 15:31:04